Antara sebab utama untuk rombongan tersebut adalah kerana internet di rumah tidak berfungsi, lalu kami sekeluarga bosan duduk di rumah.
Dalam perjalanan ke Ipoh, Papa meleter saya, sebab pakaian yang dipakai dikatakannya terlalu ketat dan pendek. Walaupun saya membalas bahawa seluar jeans saya semua dalam proses dibasuh dah tiada baju lain untuk dipakai, namun alasan ini tidak diterima Papa.
Oleh kerana duit saya tidak mencukupi, saya terpaksa meminta duit dari Mama untuk makan. Kad ATM saya tidak diterima oleh mana-mana ATM di Jusco Kinta pada hari itu, sehingga sekarang saya tidak tahu kenapa.
Atas cadangan Abang, kami pun makan tengah hari di Sushi King. Kami semua kagum dengan gunung pinggan sushi yang dijamah oleh Abang seorang. Oleh kerana Papa, Mama, dan Kakak telah makan sebelum bertolak dari rumah, mereka lebih banyak bergossip dari makan. Saya mendengar sahaja sambil makan oleh kerana terlalu lapar.
Setelah kami makan, kami berjalan-jalan di sekitar Jusco Kinta. Kami dapat juga bertembung dengan beberapa kawan sekeluarga yang juga berada di kompleks membeli-belah tersebut.
Filem yang ditontoni kami pada hari itu ialah Ninja. Cerita ini ialah agak sederhana dan rasanya tidak berbaloi bayaran tiket RM10.
Selepas menontoni filem tersebut, kami pun makan malam di Nasmir. Papa sempat lagi meleteri saya tentang pakaian sekali lagi. T___T
Setelah selesai mengisi perut dengan makanan dan juga asap rokok Papa dan Abang, kami pun bertolak balik rumah.
* * * * *
I am becoming more and more Melayu everyday, no? Rediscovering my roots, you might say lolz
Have fun guessing which Usual Suspect is which in the "family". =P

2 comments:
are you kidding me? Ninja was as crappy as bull shit(the real ones).
i wouldnt watch it again, even if u paid me! hehe.
funny eh shira, how we always end up going to TGV in ipoh, watching the same movie? each time. hebat.
Ninja was fun to make fun of, anyways. I gave my siblings a blow-by-blow account of the story afterwards, and they couldn't stop laughing. Both of them are taking ninjutsu btw. =P
Post a Comment